Thursday, 23 January 2014

Hello Sabah...

Annyeonghaseyo..!! Haha. Bajet korea pulak. So post kali ni aku nk share pasal trip kami ke negeri di bawah bayu, Sabah. This is my first time been there. Sebenarnya plan nak pi Sabah ni berlaku secara x sengaja bila kami duk lepak2 tepi pantai kat Queensbay tu. Pastu one of my friend cakap Air Asia buat promo pi Sabah dgn harga RM66 dr KL. So kami apa lagi malam tu call parent tanya dapat green light terus book tiket flight malam tu jugak.Hokayy. Then, lepas book tu masing2 ada peranan tuk menjayakan trip ni. Kami kesana seramai lima orang, aku, iznie, asmel, sofi and kak asmel. Aku and asmel tugasnya cari kereta sewa sepanjang kat sana, then sofi and iznie susun internary and cari hotel. Kami pi sana selama 5 hari dan stay dekat Akinabalu Youth Hostel. Hostel ni direkemenkan oleh seorang rakan kami yg mmg asal dr sana. Actually hostel ni ok la berpatutan RM25/malam (depend bilik yg kita nak), ada wifi, dan lokasi strategik. Hostel ni sesuai la dgn bajet student and backpacker. Sampai2 je airport, kami terus check in hotel dan rehat.

 Esoknya pagi2 lagi kami dah keluar pi jalan sekeliling hotel dgn Pasar Philippine. Kat sini 6.45am tu dah macam pukul 8 kt semenanjung. So kami singgah kat The Waterfront, Sabah. sementara tunggu pemandu pelancong kami merangkap kawan kami sendiri. For the first day, dia bawak kami pi Bukit Bendera, which I thought kat Penang je ada. Dari Bukit Bendera ni kita boleh nampak bandar Kota Kinabalu. Then, kami pi Menara Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Muzium Sabah, Masjid Terapung dan Pantai Tanjung Aru. Kat UMS tu kami pi pusing2 dan melawat Aquaria je. Yg bestnya kt UMS ni bagi aku la kampus dia ada pantai. Petang2 klo stress boleh pi lepak n mancing. Syokkk kot. Malamnya kami pi makan seafood, katanya kat sini seafood dia murah2. So rugi la x try. Lepas dinner pi Pasar Malam nk borong kerongsang. Bukan aku la sebab aku x berapa nk minat semua tu. 

At The Waterfront, Cik Kiah

Ijnie


At 6.45am, dah cerah giler
Bangunan Yayasan Sabah




Bukit Bendera
Aquaria, UMS

UMS

Jambatan Gantung, Muzium Sabah
Untuk hari kedua kalau ikut plan asal kami nk bergerak ke Kundasang, tp memandangkan pagi2 tu hujan kami tukar plan. So lepas hujan reda kami decide nak pi Island Hopping. Tiket dia boleh dibeli di Jesselton Point dan harga tuk satu pulau kalau x silap RM30 include snorkeling. Kami pilih Pulau Mamutik ikut suggestion diorang sebab depa cakap kalau nak snorkeling Pulau Mamutik has the best view. Sampai kat pulau tu bayar RM3 for entrance. Disan, kami direkemenkan tuk try Parasailing and Banana Boat. Memang dah impian aku nk try dua benda tu. Alang2 terus beli tiket RM75/person for both. First kami buat Parasailing. Mula2 tu aku takut giler. Tapi bila dah sampai atas hilang semua takut excited kot. Dia xdela tinggi sangat. Best experience ever. Then, kami diberi masa tuk snorkeling sebelum try banana boat. Since aku x pandai berenang aku xpi la tengah laut dengan mereka. Takut kot. Aku snorkeling tepi2 je. Lepas sejam baru kami try Banana Boat. Hat ni lagi best. Sebelum naik kami dah pesan siap2 jangan jatuhkan kamu kat tengah2 laut taw sebab kami xpandai berenang. Tak de maknanya dia nk dengar. Tengah2 laut tu la dia jatuhkan kami. Takut nk mati taw x. Kami jerit bagai nk gila seingat aku. Hilang suara. Tapi sayang banana boat xdapat tangkap gambar, cuma kenangan tersimpan di hati. 
Muka2 excited


Atas bot

Me and asmel





The next morning kami gerak pi Kundasang. Kami teruskan jugak plan walopon hujan and everybody was not feeling so well. Sepanjang perjalanan berkabus je dan sejuk sangat. First2 kami pi Desa Dairy Cattle Farm. Ala2 New Zealand gitter uolls. Sana pi tengok2 lembu, minum susu dan shoot some pic. Masa kami sampai tu hujan rintik2 so keadaan kat ladang tu basah dan susah nk jalan. Kami duk sana dalam sejam then terus gerak ke Kundasang Memorial War. Sini kalau sapa minat sejarah tu bolehla, tp aku lebih berminat kat bunga2 kat situ. Cantik. I wish I have garden like there. Kawasan dia serius cantik. Next location, Kinabalu Park. Nasib x menyebelahi kami, disebabkan hujan dan kagus yang tersangat tebal, kami xdapatla nak tengok puncak Gunung Kinabalu. Sayang seribu kali sayang.  Lepas tu kami gerak ke Ranau, pi Sabah Tea Plantantion and Kg Luanti for fish massage. Ikan dia besaq2 baq ang macam piranha aku rasa masa dia gigit tu. Biasa yang aku jumpa anak2 ikan ja. Tp kat sini segala jenis ikan ada dan saiz dia kalo buat masak tiga rasa tu best kot. 
Desa Cattle


Yok ke kandang








Kundasang War Memorial 



Kinabalu Park

See the kabus

Taman Air Panas 

Sabah Tea Garden 

For the last day kami pi shopping kat Pasar Kraftangan sebelum balik Penang. Kat sini bolehla cari t-shirtm keychain, gelang, brooch dan ikan masin dan macam2 lagi sebagai kenangan. Flight pulang kami pukul 7.50pm.For me this is the best trip. Nice people, nice food, nice place and awesome experience. Aku harap datang datang lagi sini suatu hari nanti. InsyaAllah. Bye Sabah... 



No comments:

Post a Comment